Thursday, December 23, 2010

GULAM MEE SDN BHD

Gulam Mee Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik bumiputra yang telah ditubuhakan pada 23 Mei 2008 oleh En Asmadi Bin Abdul Rahman dan Rahizam Binti Yusof. Gulam Mee Sdn Bhd ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan restoran seiring dengan menyambut hasrat kerajaan menggalakkan lebih ramai bumiputra terlibat di dalam penyediaan makan Halal dan bermutu tinggi yang boleh dibanggakan ke peringkat Global.
Restoran Gulam Mee menghidangkan makanan mee mamak yang "original" bagi penggemar mee mamak terutama bagi anak-anak rantau dari Utara Semenanjung. Kejayaan awal telah dilihat di dalam masa kurang dua bulan restoran Gulam Mee telah mendapat tempat di hati ratusan pelanggan dari segenap lapisan dan peringkat umur setiap hari.
Selain daripada menyediakan menu mee goreng mamak "original" restoran Gulam Mee juga menawarkan menu mee rebus, pasembur (rojak mamak stail Utara) dan Char Kuey Teaw Penang. Kini menu terbaru yang ditawarkan adalah Sup "Gear Box", Mee Udang Tanjung, Nasi Ayam, Mee "Sizzling" stail barat dan tidak ketinggalan Nasi Lemak daun Pisang yang memang lazat dan begitu digemari oleh pelanggan-pelanggan Restoran Gulam Mee.
Dengan tenaga kerja mahir dan pengalaman lengkap kini kami bercadang untuk melebarkan sayap kami untuk membuka lebih cawangan supaya lebih ramai lagi masyarakat dapat menikmati hdangan lazat Mee Mamak "Original" kami.

Asmadi @ Ghulam Abdul Rahman. 32 mendapat ajaran dan resipi istimewa daripada ayahnya, Abdul Rahman Syawal Hameed, pengasas Mee Pak Man yang cukup terkenal di Bandar Kulim.
Resipi ibu membuka lembaran sejarah buat En Asmadi atau lebih dikenali sebagai Ghulam oleh pelanggan-pelanggan beliau. Bermula dengan menjual rojak pasembur, char keow teow dan mee goreng menggunakan basikal roda tiga di Seksyen 6, Kota Damansara beberapa tahun lalu.
Kini hasil gigih beliau, En Asmadi telah dapat menikmati kejayaan membuka restoran Gulam Mee di Pusat Perniagaan Bistari De Kota, Jalan Teknologi Seksyen 3, Kota Damansara yang menggunakan modal daripada beliau sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak.
En Asmadi turut dibantu oleh adiknya En Mohd Razif dan ibu bapa beliau sendiri yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat untuk sentiasa cemerlang dalam memajukan perniagaan.

No comments:

Post a Comment