![]() |
GULAM MEE DI KOTA DAMANSARA |
Restoran Gulam Mee menghidangkan makanan mee mamak yang "original" bagi penggemar mee mamak terutama bagi anak-anak rantau dari Utara Semenanjung. Kejayaan awal telah dilihat di dalam masa kurang dua bulan restoran Gulam Mee telah mendapat tempat di hati ratusan pelanggan dari segenap lapisan dan peringkat umur setiap hari.
Selain daripada menyediakan menu mee goreng mamak "original" restoran Gulam Mee juga menawarkan menu mee rebus, pasembur (rojak mamak stail Utara) dan Char Kuey Teaw Penang. Kini menu terbaru yang ditawarkan adalah Sup "Gear Box", Mee Udang Tanjung, Nasi Ayam, Mee "Sizzling" stail barat dan tidak ketinggalan Nasi Lemak daun Pisang yang memang lazat dan begitu digemari oleh pelanggan-pelanggan Restoran Gulam Mee.
Dengan tenaga kerja mahir dan pengalaman lengkap kini kami bercadang untuk melebarkan sayap kami untuk membuka lebih cawangan supaya lebih ramai lagi masyarakat dapat menikmati hdangan lazat Mee Mamak "Original" kami.
PENGASAS
Asmadi @ Ghulam Abdul Rahman. 32 mendapat ajaran dan resipi istimewa daripada ayahnya, Abdul Rahman Syawal Hameed, pengasas Mee Pak Man yang cukup terkenal di Bandar Kulim.
Resipi ibu membuka lembaran sejarah buat En Asmadi atau lebih dikenali sebagai Ghulam oleh pelanggan-pelanggan beliau. Bermula dengan menjual rojak pasembur, char keow teow dan mee goreng menggunakan basikal roda tiga di Seksyen 6, Kota Damansara beberapa tahun lalu.
Kini hasil gigih beliau, En Asmadi telah dapat menikmati kejayaan membuka restoran Gulam Mee di Pusat Perniagaan Bistari De Kota, Jalan Teknologi Seksyen 3, Kota Damansara yang menggunakan modal daripada beliau sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak.
En Asmadi turut dibantu oleh adiknya En Mohd Razif dan ibu bapa beliau sendiri yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat untuk sentiasa cemerlang dalam memajukan perniagaan.
VISI, MISI &OBJEKTIF
VISI
- Memperkenalkan masakan mee mamak "Original" Utara yang halal dan bersih.
- Penyediaan makanan berkualiti tinggi, bersih, dan berkhasiat.
- Memberi perkhidmatan yang berkelas global dari segi penampilan, perhubungan di antara pekerja, pelanggan dan pengedar.
- Mampu bertapak lama dan terkenal ke peringkat Global
MISI
- Memperbesarkan menu yang ditawarkan.
- Menyediakan masakan panas dengan pantas untuk mengelakkan pelanggan membuang masa untuk menunggu.
- Membuka lebih banyak cawangan di lokasi-lokasi strategik di Malaysia dan juga di peringkat Asia seterusnya ke peringkat Global.
OBJEKTIF
- Kepuasan pelanggan berdasarkan mutu perkhidmatan yang diberikan.
- Melaksanakan kerja-kerja melalui pengurusan yang cekap, bekualiti dan profesional.
- Memastikan syarikat sentiasa berada dalam kedudukan kewangan dan pentadbiran yang kukuh dan mantap dalam menangani cabaran semasa.
- Penjagaan dan pemupukan kesejahteraan kebajikan pekerja dengan rasa kekeluargaan.
- Mencapai dan memenuhi cita-cita Wawasan Negara.