PORTFOLIO


PROJEK YANG TELAH DIJALANKAN


Semenjak penubuhan, Gulam Mee telah banyak membantu dalam menjayakan acara-acara rasmi kerajaan, syarikat swasta dan persendirian. Dengan jumlah pekerja dan kelengkapan yang mencukupi, Gulam Mee dapat menyediakan perkhidmatan makan tidak kira untuk majlis bersais kecil mahupun besar.
Dengan kerjasama rakan-rakan perniagaan kami dalam bidang pengiklanan, pengelolaan acara, penyewaan alatan audio video dan perkhemahan, keupayaan Gulam Mee terus meningkat dan kami lebih positif dan yakin untuk menjayakan apa jua jenis acara.
Seterusnya, kami akan memantapkan lagi Gulam Mee agar boleh berupaya untuk menyediakan perkhidmatan untuk upacara-upacara mega.
Antara projek-projek yang telah kami jayakan adalah seperti berikut:
  • Majlis perasmian dan pelancaran
  • Majlis makan di badan-badan Kerajaan
    - Balai Polis
    - Balai Bomba
    - Hospital
  • Majlis makan di rumah kenamaan
  • Majlis perkahwinan (di sekitar Lembah Kelang)