Monday, May 2, 2011

GULAMMEE MENJADI PENGANJUR SEMPENA PERLWANAN EPL MANCHESTER UNITED VS WEST HAM UNITED

GULAMMEE TELAH MENJADI PENGANJUR SEMPENA PERLAWANAN ENGLISH PREMIER LEAGUE MANCHESTER UNITED BERTEMU WEST HAM UNITED. PROGRAM BERMULA PADA PUKUL 6.30 PETANG . PERSIAPAN TELAH DILAKUKAN. PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIJALANKAN PADA MALAM TERSEBUT. CABUTAN BERTUAH UNTUK PELANGGAN GULAMMEE JUGA TIDAK KETINGGALAN. BANYAK HADIAH TELAH DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN GULAMMEE.

Sunday, January 16, 2011

PEMBUKAAN G2 HAIR STUDIO DI BESTARI 'DE' KOTA, JALAN TEKNOLOGI

Gulam Mee membesarkan lagi perniagaan nya, kali dengan membuka perniaggan 'HAIR SALOON' di Bestari 'De' Kota, Jalan Teknologi 3/9 Kota Damansara. Sesiapa yang ingin mengunjungi G2 HAIR STUDIO', boleh lah datang beramai di Jalan Teknologi. .

Tuesday, January 11, 2011

PEMBUKAAN KEDAI CUCI KERETA "G2 CAR SALOON" DI JALAN TEKNOLOGI 3/9 KOTA DAMASARA

Gulam Mee Sdn Bhd telah membuka kedai mencuci kereta yang telah di beri nama “G2 CAR SALOON” yang terletak di sebelah restoran Gulam Mee Sdn Bhd. G2 CAR SALOON ini telah beroperasi bermula 05/01/2011. 
Harga yang telah di tetapkan ialah RM10.00 ( KERETA), RM13.00 (MPV&VAN) bagi cucian dan vacum. Bagi cucian sahaja, RM7.00 sahaja yang di kenakan untuk kemudahan pelanggan kami yang menjamu selera di GULAM MEE.

Monday, December 27, 2010

EVENT TELEKOM MALAYSIA DI TAPAK TEMPAT LETAK KERETA GULAM MEE

Pada 26/12/2010 (AHAD) skuad TELEKOM MALAYSIA MANAGEMENT telah membuat promosi di tapak tempat letak kereta GULAM MEE SDN BHD. Mereka membuat promosi berkenaan dengan pelan UNIFI. Dalam masa yang sama, skrin gergasi GULAM MEE SDN BHD sedang menayangkan siaran langsung perlawanan akhir yang membabitkan pasukan negara kita Malaysia menentang pasukan Indonesia yang berkesudahan pasukan negara kita menang 3-0 . Satu persembahan yang menarik yang di tunjukkan oleh pasukan negara kita. Di Restoran Gulam Mee, pelanggan begitu ramai memenuhi kawasan kerusi meja di sana. Mereka bersorakan gembira ketika pasukan negara kita merobek gawang pasukan Indonesia.

Thursday, December 23, 2010

GULAM MEE SDN BHD

Gulam Mee Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik bumiputra yang telah ditubuhakan pada 23 Mei 2008 oleh En Asmadi Bin Abdul Rahman dan Rahizam Binti Yusof. Gulam Mee Sdn Bhd ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan restoran seiring dengan menyambut hasrat kerajaan menggalakkan lebih ramai bumiputra terlibat di dalam penyediaan makan Halal dan bermutu tinggi yang boleh dibanggakan ke peringkat Global.
Restoran Gulam Mee menghidangkan makanan mee mamak yang "original" bagi penggemar mee mamak terutama bagi anak-anak rantau dari Utara Semenanjung. Kejayaan awal telah dilihat di dalam masa kurang dua bulan restoran Gulam Mee telah mendapat tempat di hati ratusan pelanggan dari segenap lapisan dan peringkat umur setiap hari.
Selain daripada menyediakan menu mee goreng mamak "original" restoran Gulam Mee juga menawarkan menu mee rebus, pasembur (rojak mamak stail Utara) dan Char Kuey Teaw Penang. Kini menu terbaru yang ditawarkan adalah Sup "Gear Box", Mee Udang Tanjung, Nasi Ayam, Mee "Sizzling" stail barat dan tidak ketinggalan Nasi Lemak daun Pisang yang memang lazat dan begitu digemari oleh pelanggan-pelanggan Restoran Gulam Mee.
Dengan tenaga kerja mahir dan pengalaman lengkap kini kami bercadang untuk melebarkan sayap kami untuk membuka lebih cawangan supaya lebih ramai lagi masyarakat dapat menikmati hdangan lazat Mee Mamak "Original" kami.

Asmadi @ Ghulam Abdul Rahman. 32 mendapat ajaran dan resipi istimewa daripada ayahnya, Abdul Rahman Syawal Hameed, pengasas Mee Pak Man yang cukup terkenal di Bandar Kulim.
Resipi ibu membuka lembaran sejarah buat En Asmadi atau lebih dikenali sebagai Ghulam oleh pelanggan-pelanggan beliau. Bermula dengan menjual rojak pasembur, char keow teow dan mee goreng menggunakan basikal roda tiga di Seksyen 6, Kota Damansara beberapa tahun lalu.
Kini hasil gigih beliau, En Asmadi telah dapat menikmati kejayaan membuka restoran Gulam Mee di Pusat Perniagaan Bistari De Kota, Jalan Teknologi Seksyen 3, Kota Damansara yang menggunakan modal daripada beliau sendiri tanpa membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana pihak.
En Asmadi turut dibantu oleh adiknya En Mohd Razif dan ibu bapa beliau sendiri yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat untuk sentiasa cemerlang dalam memajukan perniagaan.